Thursday, 7 February 2013

Cinta seorang lelaki ! ! !


demikianlah mukaddimahnya =) kembali kepada tajuk asal perbincangan. Apa yang anda tahu tentang cinta dan perasaan seorang lelaki?

Mungkin yang sering kita dengar, apabila memperkatakan perihal cinta, fokus utamanya adalah pada seorang perempuan. Kerana naluri seorang perempuan sangat-sangat sinonim dengan cinta dan kasih sayang. Jarang sekali kita dapat mendengarkan perihal cinta seorang lelaki.

Mungkin harus untuk seorang perempuan itu bertanyakan kepada diri sendiri, bagaimanakah seorang lelaki boleh jatuh cinta kepada aku? Apakah faktor utama untuk seorang lelaki menyintai seorang perempuan? Bagaimanakah pandangan seorang lelaki terhadap seorang perempuan seperti aku?

Saya rasa dengan menyedari hakikat yang tersembunyi itu, perempuan akan tahu apakah sebenarnya yang sering bermain di fikiran lelaki apabila berbicara mengenai perempuan. Apakah sebenarnya perasaan yang bermain di hati seorang lelaki bila berbicara tentang cinta, dan apakah yang seorang lelaki mahukan dari cinta seorang perempuan.

Mungkin kaum perempuan sering tertanya-tanya mengapa perempuan sering menjadi mangsa ditinggalkan lelaki tanpa sebab. Dan saya tahu ramai gadis yang terpinga-pinga dan tidak mengerti mengapakah seorang lelaki tiba-tiba meninggalkannya, dan kadang-kadang hanya kerana disebabkan perkara yang kecil, si lelaki menjadikan ianya suatu alasan untuk meninggalkan seorang perempuan.

Pernahkan kalian menyedarinya wahai kaum perempuan? Sedarkah kalian apakah yang sebenarnya terjadi dalam realiti percintaan seorang lelaki? Apakah tanggapan seorang lelaki terhadap nilai cinta yang telah kalian berikan kepadanya? Mengapakah hati yang tulus mencintai ini telah disambut dengan khabar pahit dari seorang yang bernama lelaki?

Semuanya gara-gara perasaan dan naluri seorang makhluk yang bernama lelaki.

No comments:

Post a Comment